My Marine

He is everything to me
always and forever
he will always be
my heart, my life,
and my love eternally


Thursday, December 2, 2010

Sifat Wanita Berdasarkan Unsur...

Ahli-ahli falsafah silam telah mengemukakan teori bahawa perangai manusia di pengaruhi oleh unsur-unsur kejadiannya. Dikatakan bahawa manusia dijadikan dari empat unsur alam iaitu tanah, air, api dan angin.

Ahli-ahli falsafah silam telah mengemukakan teori bahawa perangai manusia di pengaruhi oleh unsur-unsur kejadiannya. Dikatakan bahawa manusia dijadikan dari empat unsur alam iaitu tanah, air, api dan angin. Falsafah ini telah bermula sejak dari Galen dan ianya dipakai beribu-ribu tahun. Carl Jung, seorang ahli ilmu jiwa, telah mengaitkan empat unsur kejadian ini dengan perangai manusia, ianya adalah sebagaimana berikut:


Sifat wanita mengikut unsur tanah, air, api dan angin




by Blog Oh Malaysia!

A) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan.
B) Air – kedua, keenam, kesepuluh
C) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
D) Angin- keempat, kelapan, keduabelas 


WANITA BERUNSUR TANAH


1) Merendah diri, serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

p/s: Orang dulu-dulu ada mengaitkan unsur ni dengan jodoh. Tak tahu la nak percaya atau tidak. Tapi ada juga kebenarannya. Sebagai contoh Api dengan api tak boleh bersatu, nanti macam-macam akan berlaku. Yela, dah sama-sama panas. Asik nak gaduh aja la. Namun,bagimana pula dengan sifat lelaki berdasarkan unsur??? Sama juga ke? Akan ku cari jawapannya sampai ketemu ^_^

~Fear Nothing Risk Everything~
citra lavender

0 comments:

Post a Comment