My Marine

He is everything to me
always and forever
he will always be
my heart, my life,
and my love eternally


Thursday, December 23, 2010

PETUA : Isteri-isteri sentiasa dara

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


~Fear Nothing Risk Everything~
citra lavender

Suatu malam

Dalam bulan ni ade dua malam yang sangat membahagiakan... wah! sukenya saye~ ^_^
Malam pertama; ehem.. ehem.. hehe
kisahya bermula bila aku dpt satu text messsages dari nombor yang pelik.
 aku kata nombor tu pelik sebab panjang sangat nombor telefon tu. 
dia kata kalu kalu nak sembang ngan dia kol nombor tu. makin bingung la aku.
 aku pernah kenal dia ke?
 hurm... korek punya korek rupanya dia adalah seseorang yang sangat aku tunggu. hehehe
rupa-rupanya tu nombor india. ohhh.... baru aku tau. >.<
aku pun ape lagi kol la dia. walaupun mahal. aku peduli ape. huhuhu...
 wah.. terubat sikit rindu aku kat dia.  
Malam kedua; hok ni kisah sal abang angkat aku. 
orang panggil dia Sa. 
selok belok nama tu pun aku tak beberapa paham sebenarnya sebab panggilan tu 
tak ada kena menyena dengan dia pun. 
aku rasa la.... macam ni... aku pun tak tau la dia ni mimpi apa tiba-tiba aje text 
aku setelah menghilang selama dua hari..
 (dua hari je pun, bukannya lama sangat. tapi aku rasa macam lama) hehehe
lepas tu dia kata nak call. lagi pelik la aku. dia ni ada problem ke apa? 
hahaha.... apa-apa je la.. 
malam tu pun kami sembang lama.. 
sampai aku pun risau kalu ibu atau abah sedar yang aku tak tidur malam tu.
sampai subuh kami sembang. macam-macam dia cerita. 
aku pun layan aje la. nak tido pun tak ngantuk. 
seronok gak sembang ngan dia ni.
 harap je tua tapi macam budak-budak... huhu... 
(jangan marah tau abang.. adik saje suka mengusik.. hehe)

thank you kiss
p/s: walaupun kadang-kadang aku rasa hidup aku ni kosong. namun aku bersyukur kerana ada mereka-mereka ni  yang selalu mengembirakan aku. terima kasih abang-abangku ^_^







~Fear Nothing Risk Everything~
citra lavender

Tuesday, December 21, 2010

Apa ada dengan cinta?


Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,”Eee… penuhnya… tak de tempat duduk.” Jadik, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yg lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, “Emmm… . tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.” Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!


~Fear Nothing Risk Everything~
citra lavender

Monday, December 20, 2010

Hukum Melancap

Pertanyaan: 
Ada seseorang yang berkata: Apabila seorang lelaki melakukan onani, apakah hal itu boleh disebut zina dan apakah hukumnya?

Jawapan:

Ini yang disebut oleh sebahagian orang “kebiasaan tersembunyi” dan disebut pula “jildu ‘umairah” dan “istimna” (onani). Jumhur ulama mengharamkannya, dan inilah yang benar, sebab Allah SWT ketika menyebutkan orang-orang Mukmin dan sifat-sifatnya berfirman,


وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ .فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ


“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7).

Al-’adiy ertinya orang yang zhalim yang melanggar peraturan-peraturan Allah.
Di dalam ayat di atas Allah memberitakan bahawa barangsiapa yang tidak bersetubuh dengan isterinya dan melakukan onani, maka bererti dia telah melampaui batas; dan tidak syak lagi bahawa onani itu melanggar batasan Allah.

Maka dari itu, para ulama mengambil kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa kebiasaan tersembunyi (onani) itu haram hukumnya. Kebiasaan rahsia itu adalah mengeluarkan sperma dengan tangan di saat syahwat bergejolak. Perbuatan ini tidak boleh dia lakukan, ini kerana ia mengandungi banyak bahaya sebagaimana dijelaskan oleh para doktor kesihatan. Bahkan ada sebahagian ulama yang menulis kitab tentang masalah ini, di dalamnya dikumpulkan bahaya-bahaya kebiasaan buruk tersebut. Kewajipan anda, wahai orang yang bertanya, adalah mewaspadainya dan menjauhi kebiasaan buruk itu kerana sangat banyak mengandungi bahaya yang sudah tidak diragukan lagi, dan juga kerana bertentangan dengan makna yang jelas dari ayat al-Qur’an dan menyalahi apa yang dihalalkan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya. Maka dia wajib segera meninggalkan dan mewaspadainya. Dan bagi sesiapa sahaja yang dorongan syahwatnya terasa makin dahsyat dan merasa khuatir terhadap dirinya (perbuatan yang tercela) hendaklah segera menikah, dan jika belum mampu hendaklah berpuasa, sebagaimana arahan
Rasulullah SAW,


يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ. وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ.


“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” (Muttafaq ‘Alaih).

Di dalam hadits ini baginda SAW tidak mengatakan: “Barangsiapa yang belum mampu, maka lakukanlah onani, atau hendaklah dia mengeluarkan spermanya”, akan tetapi baginda SAW mengatakan: “Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.”

Pada hadits tadi Rasulullah SAW menyebutkan dua hal, iaitu:

Pertama, Segera bernikah bagi yang mampu.
Kedua, Meredakan nafsu syahwat dengan melakukan puasa bagi orang yang belum mampu bernikah, kerana puasa itu dapat melemahkan godaan dan bisikan syaitan.

Maka hendaklah anda, wahai pemuda, beretika dengan etika agama dan bersungguh-sungguh di dalam berupaya memelihara kehormatan diri anda dengan nikah syar’i sekalipun harus dengan berhutang atau meminjam . Insya Allah, Dia akan memberimu kecukupan untuk melunasinya. Bernikah itu merupakan amal shalih dan orang yang bernikah pasti mendapat pertolongan, sebagaimana Rasulullah tegaskan di dalam haditsnya,


ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُمْ: الْمُكَاتَبُ الَّذِيْ يُرِيْدُ اْلأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِيْ يُرِيْدُ الْعَفَافَ وَالْمُجَاهِدُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ.


“Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat pertolongan Allah SWT: al-mukatab (hamba yang berupaya memerdekakan diri) yang hendak menunaikan tebusan dirinya, Lelaki yang bernikah kerana ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang) di jalan Allah.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah).

Rujukan:
Fatwa Syaikh Bin Baz, dimuat di dalam majalah al-Buhuts, edisi 26, hal. 129-130.
Disalin dari buku Fatwa-Fatwa Terkini Jilid 1, penerbit Darul Haq.


~Fear Nothing Risk Everything~
citra lavender

Sunday, December 19, 2010

Kod Lemak Babi...

Kod lemak babi,Check jangan main taram je beli jajan 
Kepada ahli BerUsrah BeRsama II

Bangku Kosong pada 14hb Disember pukul 8.19 ptg Balas • Lapor

1. E 100 16. E 280 31. E 434 46. .E 482

2. E 110 17. E 300 32. E 435 47. E 483



3. E 120 18. E 301 33. E 436 48. E 491
4. E 140 19. E 325 34. E 440 49. E 492
5. E 141 20. E 326 35. E 441 50. E 493
6. E 153 21. E 327 36. E 470 51. E 494
7. E 160 22. E 334 37. E 471 52. E 495
8. E 161 23. E 335 38. E 472 53. E 542
9. E 210 24. E 336 39. E 473 54. E 570
10. .E 213 25. E 337 40. E 474 55. E 572
11. E 214 26. E 422 41. E 475 56. E 631
12. E 216 27. E 430 42. E 476 57. E 635
13. E 234 28. E 431 43. E 477 58. E 904
14. E 252 29. E 432 44. E 478 59. E 920
15. E 270 30. E 433 45. E 481

Yang jelas nye…..pringles pun ader gak lemak binantang ni…kalau tak caya tengok ada E471 kat ingredients nya tu…memang patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu….

Tidak hairan lah kalau sekarang ni ramai sangat samseng, yang muda, yang tua..laki..perempuan. ..sama jer…..solat yang wajib main tinggal je..doa pun banyak yang tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yang jadi darah daging…… .nauzubillah. .

Bagaimana nak lahirkan lebih ramai islam yang betul2 ‘muslim’… dari kecik dah disuapkan dengan makanan2 mengarut ni… yang hairan nya bagaimana boleh ada tanda HALAL bagi makanan2 tersebut?



Bijaknya orang2 kafir memperdayakan orang2 Islam hanya dengan makanan….. . Kebijaksanaan mereka takkan kekal lama…
Tapi…ingatlah suatu masa yang telah ditetapkan oleh Allah swt, orang2 mukmin akan bangkit jua…

Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam…semoga kita lebih berhati2 dengan tipu daya & helah musuh2 Allah swt..

p/s: aku copy paste info ni dari sumber yang aku kira boleh dipercayai.

~Fear Nothing Risk Everything~
citra lavender

Nak buat maksiat? Boleh aje dengan cara berikut...

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Begitulah kata-kata Ibrahim bin Adham apabila diminta nasihat oleh seorang lelaki yang gemar melakukan maksiat. Lelaki itu kelihatan teruja dan bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

1. Jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan kamu makan rezekinya. Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

2. Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya. Syarat ini membuat lelaki itu tergamam. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

3. Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya. Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, nasihat apa yang kam beri ini? Mana mungkin Allah tidak melihat kita!" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

4. "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'. Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku." "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

5. Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak


Dari: Kata Tidak Kepada Pergaulan Bebas

~Fear Nothing Risk Everything~
citra lavender

Boom Boom - Super Junior

Selama cuti dah nak sebulan ni aku asik online aje.. Ini je la keje aku tiap-tiap hari..
Dari facebook ke tagged ke youtube dan macam-macam lagi la... online punya online aku terjumpe satu lagu super junior ni.. lagu baru gak la. Secara tiba-tiba aku terjatuh hati pulak kat lagu ni.. hahaha



Enjoy The Show~

~Fear Nothing Risk Everything~
citra lavender

Ayat-ayat power CINTA

mengapa jadi begini? bukan ke sepatutnya semakin lama semakin sayang.. bukannya semakin pudar kasih sayang tu!

~Fear Nothing Risk Everything~
citra lavender

Saturday, December 18, 2010

Kau Selalu Ada =)

Sweet sangat lagu ni.. tiba-tiba teringat kat seseorang. huhuhu ^_^


~Fear Nothing Risk Everything~
citra lavender

Monday, December 6, 2010

Salam Tahun Baru 1432H

Doa Awal Tahun
~Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata,
"Kesusahan bagiku akan sia-sia lah dan pekerjaanku menggoda anak Adam dalam setahun ini dan Allah binasakan satu saat jua. Denagan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Maksudnya: 
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. 
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. 
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Akhir Tahun





~Dibaca 3 kali selepas maghrib pada satu Muharram. 
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata,
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan"
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.  Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.  Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

~Fear Nothing Risk Everything~
citra lavender

Friday, December 3, 2010

Sifat Lelaki Berdasarkan Unsurnya...

Penentuan Jenis Unsur Lelaki Berdasarkan Anak Keberapa:

Samada seseorang lelaki itu tergolong kepada jenis Tanah, Air, Api atau Angin boleh ditentukan menerusi anak keberapakah dia sama seperti wanita. Susunan unsur ialah:
(1) Tanah pertama kelima kesembilan
(2) Air kedua keenam kesepuluh
(3) Api ketiga ketujuh kesebelas
(4) Angin keempat kelapan keduabelas 





Tanah
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang yang menyedari keujudannya di sini dan kini menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.
(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.
Air
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.
(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.
Api
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.
(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.





Angin
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.
(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.


dari: neonalis spectual perspektif


~Fear Nothing Risk Everything~
citra lavender

Thursday, December 2, 2010

Sifat Wanita Berdasarkan Unsur...

Ahli-ahli falsafah silam telah mengemukakan teori bahawa perangai manusia di pengaruhi oleh unsur-unsur kejadiannya. Dikatakan bahawa manusia dijadikan dari empat unsur alam iaitu tanah, air, api dan angin.

Ahli-ahli falsafah silam telah mengemukakan teori bahawa perangai manusia di pengaruhi oleh unsur-unsur kejadiannya. Dikatakan bahawa manusia dijadikan dari empat unsur alam iaitu tanah, air, api dan angin. Falsafah ini telah bermula sejak dari Galen dan ianya dipakai beribu-ribu tahun. Carl Jung, seorang ahli ilmu jiwa, telah mengaitkan empat unsur kejadian ini dengan perangai manusia, ianya adalah sebagaimana berikut:


Sifat wanita mengikut unsur tanah, air, api dan angin




by Blog Oh Malaysia!

A) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan.
B) Air – kedua, keenam, kesepuluh
C) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
D) Angin- keempat, kelapan, keduabelas 


WANITA BERUNSUR TANAH


1) Merendah diri, serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

p/s: Orang dulu-dulu ada mengaitkan unsur ni dengan jodoh. Tak tahu la nak percaya atau tidak. Tapi ada juga kebenarannya. Sebagai contoh Api dengan api tak boleh bersatu, nanti macam-macam akan berlaku. Yela, dah sama-sama panas. Asik nak gaduh aja la. Namun,bagimana pula dengan sifat lelaki berdasarkan unsur??? Sama juga ke? Akan ku cari jawapannya sampai ketemu ^_^

~Fear Nothing Risk Everything~
citra lavender

C.I.N.T.A

:: It's almost 1 month and 10 days to go:: <The estimated time for him to return home>
This beautiful song is dedicated to him. I am really.. really.. really.. miss him so much!


ALIFF AZIZ ~ CINTA


Disini aku menunggu



Cintamu kembali pada diriku
Oh Kasih ku terkenang
Dan ku rindu
Kembalilah ke sisiku

Siang malam aku memikirkan
Kisah kita berdua di sini
Kau tinggalkan aku seorang
Suara mu masih bergema di hati

Engkaulah
Jiwa dan ragaku dan juga nyawaku
Ingatanmu membelai rindu aku

Dengarlah suaraku
Masa berlalu
Ku memanggil mu selalu

Di sini aku menunggu
Cintamu kembali pada diriku
Oh Kasih ku terkenang
Dan ku rindu
Kembalilah ke sisiku

Apabila engkau bersamanya
Pernah kau terfikir tentang diriku
Hati ini masih terluka
Jiwa aku maish perlukan dirimu

Kini aku ingin kamu
Menjadi mentari
Kembali menyinari hidup aku

Dengarlah suaraku
Masa berlalu
Ku memanggil mu selalu

Di sini aku menunggu
Cintamu kembali pada diriku
Oh Kasih ku terkenang
Dan ku rindu
Kembalilah ke sisiku

Apabila engkau bersamanya
Pernah kau terfikir tentang diriku
Hati ini masih terluka
Jiwa aku maish perlukan dirimu

Kini aku ingin kamu
Menjadi mentari
Kembali menyinari hidup aku

Dengarlah suaraku
Masa berlalu
Ku memanggil mu selalu
Di sini aku menunggu
Cintamu kembali pada diriku
Oh Kasih ku terkenang
Dan ku rindu
Kembalilah ke sisiku

Cinta…cinta….cinta…




~Fear Nothing Risk Everything~
citra lavender